Manusia Menderhaka kepada Tuhan

Persahabatan

Berdasarkan apa yang telah berlaku kepada kamu sejak kali terakhir kita bertemu, apakah sesuatu yang kamu syukuri?
Apakah yang membuatkan anda stres minggu ini, dan apakah yang anda perlukan untuk menjadikan lebih baik?
Apakah keperluan mereka dalam komuniti anda, dan bagaimana kita boleh membantu antara satu sama lain bagi memenuhi keperluan tersebut?
Apakah cerita yang kita baca pada masa kali terakhir kita bertemu? Apakah yang kita pelajari tentang Tuhan dan insan?
Dalam pertemuan terakhir kita, anda telah memutuskan untuk menggunakan apa yang kamu pelajari. Apakah tindakan kamu dan apakah hasilnya?
Dengan siapakah anda telah berkongsi sesuatu daripada cerita pertemuan terakhir? Apakah respon mereka?
Kita telah mengenal pasti beberapa keperluan pada pertemuan kali terakhir kita dan merancang untuk memenuhi keperluan tersebut. Apakah hasilnya?
Kini, jom kita baca cerita hari ini daripada Tuhan...

Kejadian 3: 1-24

Ular memang lebih licik daripada mana-mana haiwan liar lain yang dijadikan oleh TUHAN Allah. Ular itu berkata kepada perempuan itu, “Adakah Allah benar-benar berfirman, ‘Jangan kamu makan buah daripada mana-mana pun pokok di dalam taman ini’?”Perempuan itu berkata kepada ular itu, “Kami boleh memakan buah daripada pokok-pokok di dalam taman ini,tetapi dalam hal buah daripada pokok yang berada di tengah-tengah taman ini, Allah berfirman, ‘Janganlah kamu makan buah itu malah jangan kamu menyentuhnya, supaya jangan kamu mati.’ ”Berkatalah ular kepada perempuan itu, “Kamu pasti tidak akan mati.Memang Allah tahu bahawa pada hari kamu memakannya akan terbukalah matamu dan kamu akan seperti Allah yang mengetahui yang baik dan yang jahat.”Apabila perempuan itu melihat bahawa buah pokok itu bagus sebagai makanan dan nampak sedap, apatah lagi buah itu mampu membuat seseorang menjadi bijaksana, dia pun mengambilnya lalu memakannya. Dia juga memberikan buah itu kepada suaminya yang bersama-samanya, dan suaminya juga memakannya.Maka terbukalah mata kedua-duanya dan sedarlah mereka bahawa mereka bertelanjang lantas mereka membuat cawat penutup aurat daripada dedaun pokok ara.Terdengar kepada mereka suara TUHAN Allah yang berjalan di taman pada ketika hari dingin lalu manusia serta isterinya menyembunyikan diri dari hadirat TUHAN Allah di antara pokok di dalam taman.Tetapi TUHAN Allah memanggil manusia itu dan berfirman kepadanya, “Di manakah engkau?”Jawabnya, “Aku mendengar suara-Mu di taman lalu aku menjadi takut kerana aku dalam keadaan telanjang. Jadi aku pun bersembunyi.”Firman-Nya, “Siapakah yang memberitahumu bahawa kamu bertelanjang? Adakah kamu memakan buah daripada pokok yang telah Kularang kamu memakan buahnya?”Jawab manusia itu, “Perempuan yang Kautempatkan bersama-samaku itulah yang memberikan kepadaku buah daripada pokok itu, maka aku memakan buah itu.”TUHAN Allah berfirman kepada perempuan itu, “Apa yang telah kamu lakukan?” Jawab perempuan itu, “Ular itu menipu aku sehingga aku memakan buah itu.”Maka berfirmanlah TUHAN Allah kepada ular itu, “Atas sebab perbuatan engkau itu, terkutuklah engkau melebihi segala haiwan ternakan dan binatang liar. Engkau akan menjalar dengan perutmu dan engkau akan makan debu tanah seumur hidupmu.Aku akan mengadakan permusuhan antara engkau dengan perempuan ini, dan antara keturunanmu dengan keturunannya. Keturunannya akan meremukkan kepalamu, dan kamu akan meremukkan tumitnya.”Firman-Nya kepada perempuan itu, “Aku akan melipatgandakan kesakitan dan kesusahanmu semasa engkau melahirkan anak. Namun begitu, kamu tetap akan mengingini suamimu, dan dia akan berkuasa ke atasmu.”Firman-Nya kepada Adam, “Kerana engkau menurut kata isterimu lalu memakan buah daripada pokok yang telah Kuperintahkan kepadamu, ‘Jangan engkau makan buahnya,’ maka terkutuklah tanah kerana kau. Engkau akan bersusah payah mengerjakan tanah dan memakan hasilnya, seumur hidupmu.Tanah akan menumbuhkan duri dan onak untukmu, dan tumbuh-tumbuhan di padang akan menjadi makananmu.Hasil keringatmu itulah engkau kelak mendapatkan rezekimu sehingga kembalinya engkau menjadi tanah, kerana dari tanahlah engkau diambil. Oleh sebab asalmu debu, maka engkau kelak kembali menjadi debu.”Lalu manusia menamai isterinya Hawa, kerana dia ialah ibu kepada semua yang hidup.TUHAN Allah membuat pakaian daripada kulit binatang untuk Adam serta isterinya itu, lalu memakaikannya kepada mereka.Kemudian TUHAN Allah berfirman, “Lihatlah, betapa manusia itu sudah menjadi seperti satu daripada Kita, yang tahu tentang perkara yang baik dan yang jahat. Haruslah dia dihindarkan daripada mengambil pula dengan tangannya daripada buah pokok hayat itu lalu memakannya, sehingga dia hidup untuk selama-lamanya.”Lalu TUHAN Allah menyuruh manusia itu keluar dari Taman Eden untuk mengerjakan tanah iaitu sumber jasadnya.Lalu Dia mengenyahkan manusia itu keluar, dan di sebelah timur Taman Eden ditempatkan-Nya dua malaikat kerubin serta sebilah pedang yang bernyala-nyala dan berputar ke segala arah untuk mengawal jalan menuju kepada pokok hayat itu.

Alkitab Versi Borneo, Hak Cipta © 2015 Borneo Sabda Limited

Pelaksanaan

Minta seseorang dari kumpulan anda untuk mengulang- baca kisah tersebut kepada setiap ahli kumpulan seperti kamu bersama seorang kawan. Ahli kumpulan boleh membantu mereka sekiranya mereka tertinggal sesuatu atau menokok- tambah secara tidak sengaja dengan pertanyaan, “ Dimanakah anda temui cerita tersebut?”
Apakah yang kita belajar melalui kisah ini mengenai Tuhan, karakter dan apa yang Dia telah lakukan?
Apa yang belajar tentang manusia, termasuk diri kita sendiri dari kisah ini?
Bagaimana anda dapat menerapkan kebenaran Tuhan dari kisah ini di dalam hidup anda minggu ini? Apakah tindakan anda dan perkara yang akan anda lakukan?
Siapakah yang akan anda kongsikan kisah ini sampai kita bertemu lagi? Adakah kamu tahu orang lain yang berminat untuk mengetahui Firman Tuhan seperti anda?
Memandangkan pertemuan kita akan berakhir, mari kita tentukan bila lagi kita akan bertemu dan siapa yang akan memudahcarakan pertemuan seterusnya.
Kami menggalakkan kamu untuk mencatat perkara yang kamu kata kamu akan lakukan, dan membaca semula cerita ini pada hari-hari sebelum kita bertemu lagi. Pemudahcara boleh berkongsi teks cerita atau audio jika sesiapa tidak mempunyainya. Mari kita meminta Tuhan membantu kita dalam perjalanan ini.

0:00

0:00