Tuhan Membinasakan Perikemanusiaan Yang Zalim

Persahabatan

Berdasarkan apa yang telah berlaku kepada kamu sejak kali terakhir kita bertemu, apakah sesuatu yang kamu syukuri?
Apakah yang membuatkan anda stres minggu ini, dan apakah yang anda perlukan untuk menjadikan lebih baik?
Apakah keperluan mereka dalam komuniti anda, dan bagaimana kita boleh membantu antara satu sama lain bagi memenuhi keperluan tersebut?
Apakah cerita yang kita baca pada masa kali terakhir kita bertemu? Apakah yang kita pelajari tentang Tuhan dan insan?
Dalam pertemuan terakhir kita, anda telah memutuskan untuk menggunakan apa yang kamu pelajari. Apakah tindakan kamu dan apakah hasilnya?
Dengan siapakah anda telah berkongsi sesuatu daripada cerita pertemuan terakhir? Apakah respon mereka?
Kita telah mengenal pasti beberapa keperluan pada pertemuan kali terakhir kita dan merancang untuk memenuhi keperluan tersebut. Apakah hasilnya?
Kini, jom kita baca cerita hari ini daripada Tuhan...

Kejadian 6: 5-6

Namun begitu, TUHAN melihat kejahatan manusia besar di bumi, dan segala hasrat dan kecenderungan hati mereka sentiasa tertumpu pada kejahatan sahaja.Maka menyesallah TUHAN kerana Dia telah menjadikan manusia di bumi dan hal itu mendukakan hati-Nya.

Kejadian 6: 9-22

Inilah riwayat Nuh. Dalam kalangan yang sezaman dengannya, Nuh seorang yang benar dan tidak tercela. Dia hidup akrab dengan Allah.Nuh dikurniai tiga orang anak lelaki, iaitu Sem, Ham, dan Yafet.Pada ketika itu, bumi sudah hancur di hadapan Allah dan penuh dengan keganasan.Allah mengamati bumi, dan sesungguhnya betapa hancurnya bumi kerana kehidupan semua manusia bergelumang dengan dosa.Maka berfirmanlah Allah kepada Nuh, “Aku telah menetapkan bahawa kesemua makhluk yang hidup mesti mati kerana bumi ini penuh dengan keganasan akibat perbuatan mereka. Sesungguhnya, Aku akan memusnahkan mereka bersama-sama bumi ini.Maka kamu perlu membuat sebuah bahtera daripada kayu sipres. Buatlah bilik-bilik di dalam bahtera itu yang mesti dilapisi dengan gegala di bahagian luar dan dalamnya.Kamu mesti membuat bahtera itu mengikut ukuran ini: Panjangnya 300 hasta, lebarnya 50 hasta, dan tingginya 30 hasta.Buatlah lubang cahaya bagi bahtera itu dan semua binaan mesti ada ruang sehasta dari bahagian tertinggi bahtera. Pasang pintu bahtera pada rusuknya. Buatlah bahtera itu bertingkat bawah, tengah, dan atas.Ketahuilah, Aku akan mendatangkan banjir untuk melanda bumi demi memusnahkan semua makhluk yang bernyawa di bawah langit dan semua hidupan di bumi akan mati.Akan tetapi, Aku mengikat perjanjian-Ku dengan kamu. Kamu berserta anak-anakmu, isterimu, dan isteri anak-anakmu akan masuk ke dalam bahtera itu.Sepasang iaitu jantan dan betina daripada segala makhluk yang hidup mesti kamu bawa masuk ke dalam bahtera, supaya kesemuanya dapat tetap hidup bersama-samamu.Sepasang daripada berbagai-bagai jenis burung, berbagai-bagai jenis haiwan, dan segala jenis binatang melata di bumi akan datang kepadamu supaya kesemuanya dapat tetap hidup.Kamu juga mesti mengumpulkan segala bahan yang dapat dimakan dan menyimpannya. Itulah yang akan menjadi makanan bagimu dan bagi kesemua makhluk itu.”Maka sebagaimana yang diperintahkan Allah kepadanya, sebegitulah yang dilakukan oleh Nuh.

Kejadian 7: 17-24

Empat puluh hari lamanya banjir melanda bumi dan air itu terus naik sehingga mengangkat bahtera itu tinggi dari bumi.Air semakin tinggi dan melonjak di atas bumi, dan bahtera itu pun terapung-apung di permukaan air.Begitu kuatnya pelimpahan air di muka bumi sehingga mengatasi gunung-ganang yang tinggi yang ada lantas tertutuplah seluruh kolong langit.Air itu terus berlimpahan hingga melitupi lima belas hasta di atas segala gunung.Maka tamatlah hayat semua makhluk yang bergerak di muka bumi iaitu burung-burung, haiwan ternakan, binatang liar, segala kawanan binatang kecil di bumi serta semua manusia.Matilah semua yang ada di darat, iaitu semua yang bernafas dengan hidungnya.Begitulah bagaimana TUHAN menghapuskan segala makhluk hidup yang ada di muka bumi, baik manusia, haiwan, binatang yang melata, mahupun burung-burung iaitu makhluk di udara. Kesemuanya dihapuskan dari muka bumi. Hanya Nuh serta semua yang ada bersama-samanya dalam bahtera itu selamat.Jadi, selama 150 hari banjir berleluasa di muka bumi.

Alkitab Versi Borneo, Hak Cipta © 2015 Borneo Sabda Limited

Pelaksanaan

Minta seseorang dari kumpulan anda untuk mengulang- baca kisah tersebut kepada setiap ahli kumpulan seperti kamu bersama seorang kawan. Ahli kumpulan boleh membantu mereka sekiranya mereka tertinggal sesuatu atau menokok- tambah secara tidak sengaja dengan pertanyaan, “ Dimanakah anda temui cerita tersebut?”
Apakah yang kita belajar melalui kisah ini mengenai Tuhan, karakter dan apa yang Dia telah lakukan?
Apa yang belajar tentang manusia, termasuk diri kita sendiri dari kisah ini?
Bagaimana anda dapat menerapkan kebenaran Tuhan dari kisah ini di dalam hidup anda minggu ini? Apakah tindakan anda dan perkara yang akan anda lakukan?
Siapakah yang akan anda kongsikan kisah ini sampai kita bertemu lagi? Adakah kamu tahu orang lain yang berminat untuk mengetahui Firman Tuhan seperti anda?
Memandangkan pertemuan kita akan berakhir, mari kita tentukan bila lagi kita akan bertemu dan siapa yang akan memudahcarakan pertemuan seterusnya.
Kami menggalakkan kamu untuk mencatat perkara yang kamu kata kamu akan lakukan, dan membaca semula cerita ini pada hari-hari sebelum kita bertemu lagi. Pemudahcara boleh berkongsi teks cerita atau audio jika sesiapa tidak mempunyainya. Mari kita meminta Tuhan membantu kita dalam perjalanan ini.

0:00

0:00