Menara Babel

Persahabatan

Berdasarkan apa yang telah berlaku kepada kamu sejak kali terakhir kita bertemu, apakah sesuatu yang kamu syukuri?
Apakah yang membuatkan anda stres minggu ini, dan apakah yang anda perlukan untuk menjadikan lebih baik?
Apakah keperluan mereka dalam komuniti anda, dan bagaimana kita boleh membantu antara satu sama lain bagi memenuhi keperluan tersebut?
Apakah cerita yang kita baca pada masa kali terakhir kita bertemu? Apakah yang kita pelajari tentang Tuhan dan insan?
Dalam pertemuan terakhir kita, anda telah memutuskan untuk menggunakan apa yang kamu pelajari. Apakah tindakan kamu dan apakah hasilnya?
Dengan siapakah anda telah berkongsi sesuatu daripada cerita pertemuan terakhir? Apakah respon mereka?
Kita telah mengenal pasti beberapa keperluan pada pertemuan kali terakhir kita dan merancang untuk memenuhi keperluan tersebut. Apakah hasilnya?
Kini, jom kita baca cerita hari ini daripada Tuhan...

Kejadian 11: 1-9

Di seluruh bumi cuma satu bahasa dan satu loghat pada ketika itu.Sewaktu perjalanan mereka ke sebelah timur, mereka menemukan dataran di Tanah Sinear lalu menetaplah mereka di situ.Berkatalah mereka sesama sendiri, “Ayuh kita membuat batu bata dan membakarnya dengan sempurna.” Batu bata itu digunakan mereka sebagai pengganti batu, dan lepa pula sebagai pengganti tanah liat.Seterusnya berkatalah mereka pula, “Ayuh kita bangunkan sebuah kota raya dan sebuah menara yang puncaknya menanjak sampai ke langit. Mari kita cari nama bagi diri kita, supaya kita tidak berserakan ke seluruh muka bumi.”Lalu turunlah TUHAN untuk mengamati kota dan menara yang dibangunkan oleh anak-anak manusia.Maka berfirmanlah TUHAN, “Sesungguhnya, jika mereka yang satu bangsa, dan sama bahasa pertuturan mereka sudah mula membuat sebegini maka apa-apa pun niat yang hendak dilaksanakan mereka tidak ada yang tidak dapat dicapai oleh mereka.Baiklah Kita turun dan mencelarukan bahasa di seluruh bumi agar mereka bingung sehingga mereka tidak saling mengerti bahasa satu sama lain.”Demikianlah TUHAN mencerai-beraikan dan menyerakkan mereka ke seluruh muka bumi, lalu mereka berhenti membina kota raya itu.Itulah sebabnya nama kota raya itu Babel kerana di sanalah TUHAN mencelarukan bahasa seluruh bumi dan dari sanalah TUHAN menyerakkan umat manusia ke seluruh muka bumi.

Alkitab Versi Borneo, Hak Cipta © 2015 Borneo Sabda Limited

Pelaksanaan

Minta seseorang dari kumpulan anda untuk mengulang- baca kisah tersebut kepada setiap ahli kumpulan seperti kamu bersama seorang kawan. Ahli kumpulan boleh membantu mereka sekiranya mereka tertinggal sesuatu atau menokok- tambah secara tidak sengaja dengan pertanyaan, “ Dimanakah anda temui cerita tersebut?”
Apakah yang kita belajar melalui kisah ini mengenai Tuhan, karakter dan apa yang Dia telah lakukan?
Apa yang belajar tentang manusia, termasuk diri kita sendiri dari kisah ini?
Bagaimana anda dapat menerapkan kebenaran Tuhan dari kisah ini di dalam hidup anda minggu ini? Apakah tindakan anda dan perkara yang akan anda lakukan?
Siapakah yang akan anda kongsikan kisah ini sampai kita bertemu lagi? Adakah kamu tahu orang lain yang berminat untuk mengetahui Firman Tuhan seperti anda?
Memandangkan pertemuan kita akan berakhir, mari kita tentukan bila lagi kita akan bertemu dan siapa yang akan memudahcarakan pertemuan seterusnya.
Kami menggalakkan kamu untuk mencatat perkara yang kamu kata kamu akan lakukan, dan membaca semula cerita ini pada hari-hari sebelum kita bertemu lagi. Pemudahcara boleh berkongsi teks cerita atau audio jika sesiapa tidak mempunyainya. Mari kita meminta Tuhan membantu kita dalam perjalanan ini.

0:00

0:00