Seruan Tuhan kepada Musa

Persahabatan

Berdasarkan apa yang telah berlaku kepada kamu sejak kali terakhir kita bertemu, apakah sesuatu yang kamu syukuri?
Apakah yang membuatkan anda stres minggu ini, dan apakah yang anda perlukan untuk menjadikan lebih baik?
Apakah keperluan mereka dalam komuniti anda, dan bagaimana kita boleh membantu antara satu sama lain bagi memenuhi keperluan tersebut?
Apakah cerita yang kita baca pada masa kali terakhir kita bertemu? Apakah yang kita pelajari tentang Tuhan dan insan?
Dalam pertemuan terakhir kita, anda telah memutuskan untuk menggunakan apa yang kamu pelajari. Apakah tindakan kamu dan apakah hasilnya?
Dengan siapakah anda telah berkongsi sesuatu daripada cerita pertemuan terakhir? Apakah respon mereka?
Kita telah mengenal pasti beberapa keperluan pada pertemuan kali terakhir kita dan merancang untuk memenuhi keperluan tersebut. Apakah hasilnya?
Kini, jom kita baca cerita hari ini daripada Tuhan...

Keluaran 2: 23-3: 14

Tempoh masa yang panjang itu menyaksikan kemangkatan raja Mesir. Orang Israel masih berkeluh-kesah kerana diperhamba sedemikian teruk. Maka berseru-serulah mereka hingga doa dan teriakan mereka mengenai perhambaan itu sampai ke hadirat Allah.Allah mendengar keluhan mereka dan mengingati perjanjian-Nya dengan Abraham, Ishak, dan Yakub.Allah melihat betapa orang Israel menanggung segala penganiayaan itu dan Dia tahu akan keadaan mereka. Sewaktu itu Musa menggembala kawanan ternakan domba kepunyaan ayah mertuanya, Yitro, imam di Midian dan dia menggiring ternakan itu ke daerah paling hujung di gurun lalu ke gunung Allah, iaitu Horeb.Lalu malaikat TUHAN menampakkan diri kepadanya dalam api bernyala di tengah-tengah sebuah belukar. Maka Musa melihat api menyala-nyala di tengah belukar itu walhal api itu tidak memakan pun belukar itu.Fikir Musa, “Elok juga jika kulihat dari dekat mengapakah belukar itu tidak terbakar?”Apabila TUHAN melihat Musa menghampiri-Nya, Allah pun berseru kepadanya dari tengah-tengah belukar itu, firman-Nya, “Musa, Musa!” Lalu dia menjawab, “Ya, aku ada di sini.”Allah berfirman, “Jangan datang lebih dekat. Tanggalkan kasutmu dari kakimu kerana tempat kamu berdiri itu tanah suci.”Firman-Nya lagi, “Akulah Allah ayahmu, juga Allah Abraham, Allah Ishak, dan Allah Yakub.” Lalu Musa menutup mukanya, kerana dia takut memandang Allah.Berfirmanlah TUHAN, “Aku telah menyaksikan penindasan umat-Ku di Mesir, dan mendengar rintihan mereka kerana dianiayai oleh para tukang kerah mereka. Aku tahu tentang keperitan yang dialami mereka.Maka Aku turun untuk membebaskan mereka daripada cengkaman warga Mesir dan membawa mereka keluar dari negeri itu ke sebuah negeri yang luas dan kaya lagi berlimpah-limpah susu dan madu, iaitu wilayah orang Kanaan, orang Het, orang Amori, orang Feris, orang Hewi, dan orang Yebus.Sesungguhnya, Aku telah mendengar rintihan orang Israel, dan telah melihat betapa tertindasnya mereka dalam tangan warga Mesir.Maka sekarang, Aku mengutus kamu kepada Firaun untuk membawa orang Israel, iaitu umat-Ku, keluar dari Mesir.”Akan tetapi, Musa berkata kepada Allah, “Siapakah hamba-Mu ini sehingga hamba harus pergi menghadap Firaun dan membawa orang Israel keluar dari Mesir?”Firman-Nya, “Sesungguhnya, Aku akan bersama dengan kamu. Inilah tanda untukmu bahawa Aku yang mengutus kamu: Apabila kamu telah membawa orang Israel keluar dari Mesir, kamu akan beribadat kepada Allah di gunung ini.”Kata Musa kepada Allah, “Tetapi apabila hamba mendatangi orang Israel dan berkata kepada mereka, ‘Allah nenek moyangmu mengutus aku kepadamu,’ mereka akan bertanya, ‘Siapakah nama-Nya?’ Apakah yang harus hamba katakan kepada mereka?”Firman Allah kepada Musa, “Akulah Aku.” Firman-Nya lagi, “Kamu harus berkata begini kepada orang Israel, ‘Akulah Aku yang mengutus aku kepadamu.’ ”

Keluaran 7: 1-5

TUHAN berfirman kepada Musa, “Lihatlah, Aku telah menjadikan engkau bagaikan Allah kepada Firaun, dan Harun abangmu seolah-olah nabi untukmu.Engkau hendaklah mengatakan semua yang Kuperintahkan kepadamu, dan Harun abangmu hendaklah mengatakan kepada Firaun bahawa dia hendaklah mengizinkan orang Israel pergi dari negerinya.Akan tetapi, Aku akan mengeraskan hati Firaun dan melipatgandakan tanda serta mukjizat-Ku di Tanah Mesir.Firaun tidak akan mempedulikan kata-kata kamu, maka Aku akan menunjukkan kuasa-Ku atas Mesir dan membawa keluar rombongan umat-Ku, iaitu orang Israel, dari Tanah Mesir dengan mengenakan pelbagai hukuman yang berat.Warga Mesir akan tahu bahawa Akulah TUHAN, apabila Aku menghulurkan tangan-Ku terhadap Mesir serta membawa orang Israel keluar daripada tengah-tengah mereka.”

Alkitab Versi Borneo, Hak Cipta © 2015 Borneo Sabda Limited

Pelaksanaan

Minta seseorang dari kumpulan anda untuk mengulang- baca kisah tersebut kepada setiap ahli kumpulan seperti kamu bersama seorang kawan. Ahli kumpulan boleh membantu mereka sekiranya mereka tertinggal sesuatu atau menokok- tambah secara tidak sengaja dengan pertanyaan, “ Dimanakah anda temui cerita tersebut?”
Apakah yang kita belajar melalui kisah ini mengenai Tuhan, karakter dan apa yang Dia telah lakukan?
Apa yang belajar tentang manusia, termasuk diri kita sendiri dari kisah ini?
Bagaimana anda dapat menerapkan kebenaran Tuhan dari kisah ini di dalam hidup anda minggu ini? Apakah tindakan anda dan perkara yang akan anda lakukan?
Siapakah yang akan anda kongsikan kisah ini sampai kita bertemu lagi? Adakah kamu tahu orang lain yang berminat untuk mengetahui Firman Tuhan seperti anda?
Memandangkan pertemuan kita akan berakhir, mari kita tentukan bila lagi kita akan bertemu dan siapa yang akan memudahcarakan pertemuan seterusnya.
Kami menggalakkan kamu untuk mencatat perkara yang kamu kata kamu akan lakukan, dan membaca semula cerita ini pada hari-hari sebelum kita bertemu lagi. Pemudahcara boleh berkongsi teks cerita atau audio jika sesiapa tidak mempunyainya. Mari kita meminta Tuhan membantu kita dalam perjalanan ini.

0:00

0:00