Kitaran Ketidakpatuhan

Persahabatan

Berdasarkan apa yang telah berlaku kepada kamu sejak kali terakhir kita bertemu, apakah sesuatu yang kamu syukuri?
Apakah yang membuatkan anda stres minggu ini, dan apakah yang anda perlukan untuk menjadikan lebih baik?
Apakah keperluan mereka dalam komuniti anda, dan bagaimana kita boleh membantu antara satu sama lain bagi memenuhi keperluan tersebut?
Apakah cerita yang kita baca pada masa kali terakhir kita bertemu? Apakah yang kita pelajari tentang Tuhan dan insan?
Dalam pertemuan terakhir kita, anda telah memutuskan untuk menggunakan apa yang kamu pelajari. Apakah tindakan kamu dan apakah hasilnya?
Dengan siapakah anda telah berkongsi sesuatu daripada cerita pertemuan terakhir? Apakah respon mereka?
Kita telah mengenal pasti beberapa keperluan pada pertemuan kali terakhir kita dan merancang untuk memenuhi keperluan tersebut. Apakah hasilnya?
Kini, jom kita baca cerita hari ini daripada Tuhan...

Hakim-Hakim 2: 10-23

Setelah seluruh umat seangkatan itu dikumpulkan bersama-sama kaum leluhur mereka, muncullah keturunan yang tidak mengenal TUHAN dan segala perbuatan-Nya demi orang Israel.Kemudian orang Israel melakukan kemungkaran di mata TUHAN dan menyembah Baal yang disembah oleh bangsa-bangsa di sekeliling mereka.Mereka meninggalkan TUHAN, Allah nenek moyang mereka yang telah membawa mereka keluar dari Tanah Mesir, lalu menyembah tuhan-tuhan yang disembah umat lain. Dengan itu mereka membangkitkan murka TUHAN.Demikianlah mereka membelakangi TUHAN lalu menyembah Baal dan Asytoret.Maka bangkit serta maraklah kemurkaan TUHAN terhadap orang Israel lalu Dia membiarkan mereka dianiayai para penjarah. Seterusnya Dia menjual mereka kepada para musuh sehingga mereka tidak sanggup lagi bertahan menghadapi musuh mereka itu.Tangan TUHAN menentang mereka setiap kali mereka mara bertempur, dan mendatangkan malapetaka kepada mereka, selaras dengan peringatan-Nya dan ikrar yang dijanjikan-Nya kepada mereka. Oleh itu, mereka amat terdesak oleh kesukaran yang dialami mereka.Maka TUHAN membangkitkan hakim-hakim, yang menyelamatkan mereka daripada penganiayaan para penjarah itu.Namun begitu, mereka tidak mengendahkan para hakim dan melacurkan diri kepada tuhan-tuhan lain serta menyembahkan tuhan-tuhan itu. Begitu cepat mereka menyimpang daripada jalan yang diikuti nenek moyang mereka yang taat akan segala perintah TUHAN.Setiap kali apabila TUHAN membangkitkan seorang hakim untuk mereka, TUHAN menyertai hakim itu dan menyelamatkan mereka daripada tangan musuh mereka sepanjang hayat hakim itu. Ini atas sebab TUHAN berbelas kasihan mendengar rintihan mereka yang teraniaya dan tertindas.Tetapi apabila hakim itu mati, mereka berbuat jahat semula, malah jauh lebih jahat berbanding dengan nenek moyang mereka. Tidak serik mereka terus menyembah tuhan-tuhan lain itu dan tidak meninggalkan kedegilan mengingkari perintah Allah.Maka ternyala dan maraklah api kemurkaan TUHAN terhadap orang Israel lalu Dia berfirman, “Kerana bangsa ini melanggar perjanjian yang Kuperintahkan kepada nenek moyang mereka, dan tidak mendengar firman-Ku,Aku tidak lagi akan mengusir apa-apa pun bangsa yang masih ada di negeri ini ketika Yosua meninggal.Dengan itu, bangsa-bangsa itu dapat menguji sama ada orang Israel mengikut jalan TUHAN sebagaimana yang dilakukan nenek moyang mereka ataupun tidak.”Demikianlah TUHAN membiarkan bangsa-bangsa itu tinggal di situ dengan tidak segera menghalau mereka; malah Dia tidak menyerahkan mereka ke dalam tangan Yosua.

Alkitab Versi Borneo, Hak Cipta © 2015 Borneo Sabda Limited

Pelaksanaan

Minta seseorang dari kumpulan anda untuk mengulang- baca kisah tersebut kepada setiap ahli kumpulan seperti kamu bersama seorang kawan. Ahli kumpulan boleh membantu mereka sekiranya mereka tertinggal sesuatu atau menokok- tambah secara tidak sengaja dengan pertanyaan, “ Dimanakah anda temui cerita tersebut?”
Apakah yang kita belajar melalui kisah ini mengenai Tuhan, karakter dan apa yang Dia telah lakukan?
Apa yang belajar tentang manusia, termasuk diri kita sendiri dari kisah ini?
Bagaimana anda dapat menerapkan kebenaran Tuhan dari kisah ini di dalam hidup anda minggu ini? Apakah tindakan anda dan perkara yang akan anda lakukan?
Siapakah yang akan anda kongsikan kisah ini sampai kita bertemu lagi? Adakah kamu tahu orang lain yang berminat untuk mengetahui Firman Tuhan seperti anda?
Memandangkan pertemuan kita akan berakhir, mari kita tentukan bila lagi kita akan bertemu dan siapa yang akan memudahcarakan pertemuan seterusnya.
Kami menggalakkan kamu untuk mencatat perkara yang kamu kata kamu akan lakukan, dan membaca semula cerita ini pada hari-hari sebelum kita bertemu lagi. Pemudahcara boleh berkongsi teks cerita atau audio jika sesiapa tidak mempunyainya. Mari kita meminta Tuhan membantu kita dalam perjalanan ini.

0:00

0:00