Hamba Tuhan yang Menderita

Persahabatan

Berdasarkan apa yang telah berlaku kepada kamu sejak kali terakhir kita bertemu, apakah sesuatu yang kamu syukuri?
Apakah yang membuatkan anda stres minggu ini, dan apakah yang anda perlukan untuk menjadikan lebih baik?
Apakah keperluan mereka dalam komuniti anda, dan bagaimana kita boleh membantu antara satu sama lain bagi memenuhi keperluan tersebut?
Apakah cerita yang kita baca pada masa kali terakhir kita bertemu? Apakah yang kita pelajari tentang Tuhan dan insan?
Dalam pertemuan terakhir kita, anda telah memutuskan untuk menggunakan apa yang kamu pelajari. Apakah tindakan kamu dan apakah hasilnya?
Dengan siapakah anda telah berkongsi sesuatu daripada cerita pertemuan terakhir? Apakah respon mereka?
Kita telah mengenal pasti beberapa keperluan pada pertemuan kali terakhir kita dan merancang untuk memenuhi keperluan tersebut. Apakah hasilnya?
Kini, jom kita baca cerita hari ini daripada Tuhan...

Yesaya 52: 13-53: 12

Sesungguhnya, hamba-Ku akan bertindak bijaksana. Dia akan ditinggikan, dijunjung, dan sangat dimuliakan.Sebagaimana ramai orang tercengang melihat dia — begitu rosak rupanya sehingga tidak seperti manusia lagi dan susuknya tidak seperti anak manusia lagi —demikianlah dia akan mengejutkan banyak bangsa. Raja-raja akan menutup mulut melihat dia, kerana mereka akan melihat apa yang belum pernah diceritakan kepada mereka dan memahami apa yang belum pernah didengar mereka. Siapakah yang mempercayai khabar kami, dan kepada siapakah kuasa TUHAN dinyatakan?Seperti tunas muda dia tumbuh di hadapan-Nya, seperti akar dari gurun. Tidak ada keelokan dan tidak ada semarak padanya sehingga kita memandang dia, tidak ada tampang sehingga kita menginginkan dia.Dia dihina dan ditolak manusia, seorang yang penuh derita dan terbiasa dengan kesakitan. Dia dihina sehingga orang menutup muka terhadap dia, dan kita pun menganggapnya tidak penting.Sesungguhnya, dialah yang menanggung penyakit kita dan memikul derita kita, padahal kita menganggap dia kena tulah, dihukum Allah dan ditindas.Tetapi dia terluka oleh sebab segala pelanggaran kita, dia dihancurkan oleh sebab segala kesalahan kita. Pengajaran yang mendatangkan kesejahteraan bagi kita ditimpakan kepadanya dan oleh bilur-bilurnya kita sembuh.Kita semua tersesat seperti domba, setiap orang menyimpang menurut jalannya sendiri, tetapi TUHAN telah menimpakan kepadanya kesalahan kita semua.Dia dianiaya dan ditindas, tetapi dia tidak membuka mulutnya. Seperti anak domba yang dibawa untuk disembelih, seperti domba yang senyap di hadapan orang yang menggunting bulunya, maka dia tidak membuka mulutnya.Daripada tahanan dan daripada pengadilan dia diambil. Siapa akan mengisahkan keturunannya? Dia dilenyapkan daripada negeri orang hidup, dan kerana pelanggaran umat-Ku dia kena tulah.Kuburnya ditentukan antara orang fasiq, dan dalam kematiannya dia bersama kalangan kaya, sungguhpun dia tidak pernah melakukan kekerasan dan tidak ada tipu daya di dalam mulutnya.Namun begitu, TUHAN berkehendak menghancurkan dan menyakiti dia. Jika dia menjadikan jiwanya korban penebus kesalahan, maka dia akan melihat keturunannya dan umurnya lanjut. Kehendak TUHAN akan berhasil dalam tangannya.Sesudah kesusahan jiwanya dia akan melihat cahaya kehidupan dan berasa puas. Hamba-Ku yang benar itu akan membenarkan ramai orang dengan pengetahuannya. Dia akan memikul dosa-dosa mereka.Oleh sebab itu Aku akan menentukan bahagiannya bersama-sama orang besar, dan dia akan berbahagi jarahan bersama-sama orang kuat, kerana dia telah mencurahkan nyawanya sampai mati dan diperhitungkan bersama-sama orang derhaka, padahal dia menanggung dosa orang ramai dan berdoa bagi para penderhaka.

Alkitab Versi Borneo, Hak Cipta © 2015 Borneo Sabda Limited

Pelaksanaan

Minta seseorang dari kumpulan anda untuk mengulang- baca kisah tersebut kepada setiap ahli kumpulan seperti kamu bersama seorang kawan. Ahli kumpulan boleh membantu mereka sekiranya mereka tertinggal sesuatu atau menokok- tambah secara tidak sengaja dengan pertanyaan, “ Dimanakah anda temui cerita tersebut?”
Apakah yang kita belajar melalui kisah ini mengenai Tuhan, karakter dan apa yang Dia telah lakukan?
Apa yang belajar tentang manusia, termasuk diri kita sendiri dari kisah ini?
Bagaimana anda dapat menerapkan kebenaran Tuhan dari kisah ini di dalam hidup anda minggu ini? Apakah tindakan anda dan perkara yang akan anda lakukan?
Siapakah yang akan anda kongsikan kisah ini sampai kita bertemu lagi? Adakah kamu tahu orang lain yang berminat untuk mengetahui Firman Tuhan seperti anda?
Memandangkan pertemuan kita akan berakhir, mari kita tentukan bila lagi kita akan bertemu dan siapa yang akan memudahcarakan pertemuan seterusnya.
Kami menggalakkan kamu untuk mencatat perkara yang kamu kata kamu akan lakukan, dan membaca semula cerita ini pada hari-hari sebelum kita bertemu lagi. Pemudahcara boleh berkongsi teks cerita atau audio jika sesiapa tidak mempunyainya. Mari kita meminta Tuhan membantu kita dalam perjalanan ini.

0:00

0:00