Kuasa Yesus

Persahabatan

Berdasarkan apa yang telah berlaku kepada kamu sejak kali terakhir kita bertemu, apakah sesuatu yang kamu syukuri?
Apakah yang membuatkan anda stres minggu ini, dan apakah yang anda perlukan untuk menjadikan lebih baik?
Apakah keperluan mereka dalam komuniti anda, dan bagaimana kita boleh membantu antara satu sama lain bagi memenuhi keperluan tersebut?
Apakah cerita yang kita baca pada masa kali terakhir kita bertemu? Apakah yang kita pelajari tentang Tuhan dan insan?
Dalam pertemuan terakhir kita, anda telah memutuskan untuk menggunakan apa yang kamu pelajari. Apakah tindakan kamu dan apakah hasilnya?
Dengan siapakah anda telah berkongsi sesuatu daripada cerita pertemuan terakhir? Apakah respon mereka?
Kita telah mengenal pasti beberapa keperluan pada pertemuan kali terakhir kita dan merancang untuk memenuhi keperluan tersebut. Apakah hasilnya?
Kini, jom kita baca cerita hari ini daripada Tuhan...

Markus 4: 35-5: 20

Pada petang itu juga, Yesus berkata kepada murid-murid-Nya, “Marilah kita pergi ke seberang sana.”Ketika itu Yesus di dalam perahu. Para murid-Nya meninggalkan orang ramai itu di pantai lalu belayar bersama-Nya. Ada beberapa perahu lain yang belayar bersama-sama.Lalu angin ribut bertiup kencang dan ombak melanda perahu sehingga hampir dipenuhi air.Ketika itu Yesus sedang tidur di buritan perahu, kepala-Nya beralaskan bantal. Para murid-Nya membangunkan Dia lalu berkata, “Guru, tidakkah Engkau peduli? Kita hampir karam!”Yesus bangun lalu menegur angin dan berkata kepada ombak, “Diam! Tenanglah!” Angin pun reda dan laut menjadi tenang.Kemudian Yesus berkata kepada murid-murid-Nya, “Mengapa kamu begitu takut? Mengapa kamu masih tidak percaya?”Mereka berasa gerun lalu berkata sesama sendiri, “Siapakah Dia ini? Angin dan ombak pun mengikut perintah-Nya!” Lalu sampailah mereka di seberang laut, di daerah Gerasa.Sebaik-baik Yesus turun dari perahu, seorang lelaki yang kerasukan roh jahat keluar dari perkuburan lalu menemui-Nya.Orang itu tinggal di gua kubur. Tiada siapa terdaya mengikatnya lagi, meskipun dengan rantai.Berkali-kali dia dirantai dan dibelenggu, tetapi dapat diputuskannya rantai itu dan dipatahkannya belenggu itu. Tiada seorang pun dapat menguasainya.Siang malam dia merayau di perkuburan dan di bukit, sambil menjerit-jerit dan mencederakan badannya dengan batu.Dari jauh dia melihat Yesus lalu lari mendekati-Nya dan sujud di hadapan-Nya.Orang itu berseru dengan suara keras, “Ya Yesus, Anak Allah Yang Maha Tinggi, apa urusan-Mu dengan aku? Demi Allah, jangan seksa aku!”Kerana sebelumnya Yesus berkata kepadanya, “Roh jahat, keluarlah kamu daripada orang ini!”Kemudian Yesus bertanya kepadanya, “Siapakah namamu?” Orang itu menjawab, “Legion, kerana kami ini ramai sekali.”Dia memohon sungguh-sungguh kepada Yesus supaya tidak menghalau mereka keluar dari kawasan itu.Berdekatan tempat itu ada kawanan babi yang sedang mencari makan di lereng bukit.Roh-roh iblis itu memohon kepada Yesus, “Suruhlah kami pindah kepada babi itu, biarlah kami masuk ke dalam tubuh babi itu.”Yesus bersetuju, lalu roh-roh jahat itu keluar dan masuk ke dalam tubuh kawanan babi itu. Kesemua babi itu, kira-kira dua ribu ekor, terjun dari tepi cenuram ke dalam laut lalu mati lemas.Penjaga-penjaga babi itu lari lalu menyebarkan berita itu di bandar dan di desa. Para penduduk pun keluar hendak melihat apa yang telah terjadi.Mereka menghampiri Yesus lalu melihat orang yang tadinya dirasuk legion daripada roh iblis itu, kini duduk diam, sudah berpakaian dan ternyata siuman. Mereka semua pun ketakutan.Semua yang telah menyaksikan kejadian itu menceritakan segala-galanya tentang orang yang kerasukan roh iblis dan kawanan babi itu.Oleh itu, mereka meminta Yesus meninggalkan daerah itu.Ketika Yesus menaiki perahu, orang yang tadinya dirasuk roh iblis itu memohon kepada-Nya, supaya dia dibenarkan menyertai-Nya.Tetapi Yesus tidak membenarkannya, sebaliknya berkata, “Pulanglah kepada keluargamu, kepada orang sekampungmu. Beritahu mereka betapa besarnya pertolongan Tuhan bagimu dan bagaimana Dia telah berbelas kasihan kepada kamu.”Orang itu pun mula menjelajahi daerah sepuluh kota dan menceritakan segala yang telah dilakukan oleh Yesus untuknya. Mereka semua kehairanan.

Alkitab Versi Borneo, Hak Cipta © 2015 Borneo Sabda Limited

Pelaksanaan

Minta seseorang dari kumpulan anda untuk mengulang- baca kisah tersebut kepada setiap ahli kumpulan seperti kamu bersama seorang kawan. Ahli kumpulan boleh membantu mereka sekiranya mereka tertinggal sesuatu atau menokok- tambah secara tidak sengaja dengan pertanyaan, “ Dimanakah anda temui cerita tersebut?”
Apakah yang kita belajar melalui kisah ini mengenai Tuhan, karakter dan apa yang Dia telah lakukan?
Apa yang belajar tentang manusia, termasuk diri kita sendiri dari kisah ini?
Bagaimana anda dapat menerapkan kebenaran Tuhan dari kisah ini di dalam hidup anda minggu ini? Apakah tindakan anda dan perkara yang akan anda lakukan?
Siapakah yang akan anda kongsikan kisah ini sampai kita bertemu lagi? Adakah kamu tahu orang lain yang berminat untuk mengetahui Firman Tuhan seperti anda?
Memandangkan pertemuan kita akan berakhir, mari kita tentukan bila lagi kita akan bertemu dan siapa yang akan memudahcarakan pertemuan seterusnya.
Kami menggalakkan kamu untuk mencatat perkara yang kamu kata kamu akan lakukan, dan membaca semula cerita ini pada hari-hari sebelum kita bertemu lagi. Pemudahcara boleh berkongsi teks cerita atau audio jika sesiapa tidak mempunyainya. Mari kita meminta Tuhan membantu kita dalam perjalanan ini.

0:00

0:00