Paskah Bersama Pengikut

Persahabatan

Berdasarkan apa yang telah berlaku kepada kamu sejak kali terakhir kita bertemu, apakah sesuatu yang kamu syukuri?
Apakah yang membuatkan anda stres minggu ini, dan apakah yang anda perlukan untuk menjadikan lebih baik?
Apakah keperluan mereka dalam komuniti anda, dan bagaimana kita boleh membantu antara satu sama lain bagi memenuhi keperluan tersebut?
Apakah cerita yang kita baca pada masa kali terakhir kita bertemu? Apakah yang kita pelajari tentang Tuhan dan insan?
Dalam pertemuan terakhir kita, anda telah memutuskan untuk menggunakan apa yang kamu pelajari. Apakah tindakan kamu dan apakah hasilnya?
Dengan siapakah anda telah berkongsi sesuatu daripada cerita pertemuan terakhir? Apakah respon mereka?
Kita telah mengenal pasti beberapa keperluan pada pertemuan kali terakhir kita dan merancang untuk memenuhi keperluan tersebut. Apakah hasilnya?
Kini, jom kita baca cerita hari ini daripada Tuhan...

Matius 26: 17-30

Pada hari pertama Perayaan Roti Tidak Beragi, murid-murid Yesus mendapatkan-Nya lalu berkata, “Di manakah Engkau mahu kami sediakan jamuan Paskah untuk-Mu?”Yesus berkata, “Pergilah ke kota kepada seorang tertentu dan katakanlah kepadanya, ‘Guru berkata, Masa-Ku sudah hampir; Aku akan menyambut Perayaan Paskah di rumahmu bersama para murid-Ku.’ ”Murid-murid Yesus menjalankan arahan-Nya lalu menyediakan jamuan Perayaan Paskah.Menjelang malam, Dia pun duduk bertelekan di meja bersama murid-Nya yang dua belas itu.Sambil makan itu Dia berkata, “Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, seorang daripadamu akan mengkhianati-Ku.”Mereka sungguh berdukacita, dan setiap orang daripada mereka berkata kepada-Nya, “Tuhan, tentunya aku bukan orang itu?”Yesus menjawab, “Orang yang mencecahkan tangannya bersama-Ku ke dalam bekas akan mengkhianati-Ku.Anak Manusia memanglah harus pergi seperti yang tersurat tentang-Nya, tetapi malanglah orang yang mengkhianati-Nya! Lebih baik baginya jika dia tidak dilahirkan.”Ketika itu Yudas yang akan mengkhianati-Nya bertanya, “Rabbi, akukah orangnya?” Yesus berkata kepadanya, “Kamu telah mengatakannya.”Ketika mereka sedang makan, Yesus mengambil roti, mengucap syukur lalu memecah-mecahkan dan memberikannya kepada murid-murid-Nya sambil berkata, “Ambil dan makanlah, ini tubuh-Ku.”Kemudian Dia mengambil cawan air anggur dan mengucap syukur lalu memberikannya kepada mereka sambil berkata, “Minumlah dari cawan ini, kamu semua.Inilah darah perjanjian yang ditumpahkan bagi ramai orang untuk pengampunan dosa.Tetapi, Aku berkata kepadamu, Aku tidak akan minum air anggur lagi hinggalah pada hari Aku minum yang baru bersamamu dalam kerajaan Bapa-Ku.”Setelah menyanyikan sebuah lagu suci mereka pun beredar ke Bukit Zaitun.

Alkitab Versi Borneo, Hak Cipta © 2015 Borneo Sabda Limited

Pelaksanaan

Minta seseorang dari kumpulan anda untuk mengulang- baca kisah tersebut kepada setiap ahli kumpulan seperti kamu bersama seorang kawan. Ahli kumpulan boleh membantu mereka sekiranya mereka tertinggal sesuatu atau menokok- tambah secara tidak sengaja dengan pertanyaan, “ Dimanakah anda temui cerita tersebut?”
Apakah yang kita belajar melalui kisah ini mengenai Tuhan, karakter dan apa yang Dia telah lakukan?
Apa yang belajar tentang manusia, termasuk diri kita sendiri dari kisah ini?
Bagaimana anda dapat menerapkan kebenaran Tuhan dari kisah ini di dalam hidup anda minggu ini? Apakah tindakan anda dan perkara yang akan anda lakukan?
Siapakah yang akan anda kongsikan kisah ini sampai kita bertemu lagi? Adakah kamu tahu orang lain yang berminat untuk mengetahui Firman Tuhan seperti anda?
Memandangkan pertemuan kita akan berakhir, mari kita tentukan bila lagi kita akan bertemu dan siapa yang akan memudahcarakan pertemuan seterusnya.
Kami menggalakkan kamu untuk mencatat perkara yang kamu kata kamu akan lakukan, dan membaca semula cerita ini pada hari-hari sebelum kita bertemu lagi. Pemudahcara boleh berkongsi teks cerita atau audio jika sesiapa tidak mempunyainya. Mari kita meminta Tuhan membantu kita dalam perjalanan ini.

0:00

0:00