Kebangkitan dan Kenaikan

Persahabatan

Berdasarkan apa yang telah berlaku kepada kamu sejak kali terakhir kita bertemu, apakah sesuatu yang kamu syukuri?
Apakah yang membuatkan anda stres minggu ini, dan apakah yang anda perlukan untuk menjadikan lebih baik?
Apakah keperluan mereka dalam komuniti anda, dan bagaimana kita boleh membantu antara satu sama lain bagi memenuhi keperluan tersebut?
Apakah cerita yang kita baca pada masa kali terakhir kita bertemu? Apakah yang kita pelajari tentang Tuhan dan insan?
Dalam pertemuan terakhir kita, anda telah memutuskan untuk menggunakan apa yang kamu pelajari. Apakah tindakan kamu dan apakah hasilnya?
Dengan siapakah anda telah berkongsi sesuatu daripada cerita pertemuan terakhir? Apakah respon mereka?
Kita telah mengenal pasti beberapa keperluan pada pertemuan kali terakhir kita dan merancang untuk memenuhi keperluan tersebut. Apakah hasilnya?
Kini, jom kita baca cerita hari ini daripada Tuhan...

Yohanes 20: 11-31

Tetapi Maria berdiri di hadapan makam itu sambil menangis. Kemudian sambil menangis dia menjenguk ke dalam.Dia melihat dua malaikat berpakaian putih duduk di tempat jenazah Yesus dibaringkan dahulu, satu malaikat di sebelah kepala dan satu di sebelah kaki.Malaikat-malaikat itu bertanya kepada Maria, “Puan, mengapa menangis?” Maria menyahut, “Jenazah Tuhanku telah diambil, entah ke mana dialihkan!”Kemudian Maria menoleh lalu melihat Yesus berdiri di situ, tetapi Maria tidak mengenal-Nya.Yesus berkata kepada Maria, “Puan, mengapa menangis? Siapakah yang kamu cari?” Pada sangkaan Maria, Dia tukang kebun di taman itu. Dengan demikian Maria berkata, “Tuan, jika kamu telah mengalihkan jenazah Yesus, beritahulah aku di mana kamu letakkan-Nya, supaya dapat kuambil jenazah-Nya.”Yesus berkata kepadanya, “Maria!” Maria berpaling kepada Yesus lalu berseru dalam bahasa Ibrani, “Rabboni!” (ertinya “Guru”).Yesus berkata kepadanya, “Jangan berpaut pada-Ku, kerana Aku belum lagi kembali kepada Bapa. Pergilah kepada murid-murid-Ku, katakan kepada mereka bahawa sekarang Aku akan kembali kepada Bapa-Ku dan Bapamu, Allah-Ku dan Allahmu.”Maria Magdalena pun pergi mendapatkan para murid Yesus lalu memberitahu, “Aku telah melihat Tuhan.” Dan Dia telah menuturkan kata-kata itu kepadanya.Pada hari minggu itu, setelah petang, para murid Yesus berhimpun di sebuah rumah dengan pintu terkunci kerana takut akan orang Yahudi. Yesus berdiri di tengah-tengah mereka lalu berkata, “Damai sejahtera kepada kamu!”Selepas itu, Dia menunjukkan tangan dan rusuk-Nya kepada mereka, maka murid-murid itu pun bersukacita melihat Tuhan.Yesus berkata lagi kepada mereka, “Damai sejahtera kepada kamu! Sebagaimana Bapa mengutus-Ku, begitulah Aku mengutusmu.”Kemudian Dia menghembuskan nafas-Nya ke atas mereka lalu berkata, “Terimalah Roh Kudus.Sesiapa yang kamu ampunkan dosanya, dosanya diampunkan. Sesiapa yang tidak kamu ampunkan dosanya, dosanya tidak akan diampunkan.”Tomas yang digelar Didimus, seorang daripada murid Yesus yang dua belas itu, tidak ada bersama mereka apabila Yesus datang.Oleh itu, murid-murid lain memberitahu Tomas, “Kami telah melihat Tuhan!” Tetapi Tomas berkata, “Selagi aku tidak melihat sendiri bekas paku di tangan-Nya, dan memasukkan jariku ke dalam bekas luka itu, juga memasukkan tanganku ke dalam rusuk-Nya, aku tidak mahu percaya.”Seminggu selepas itu, para murid Yesus termasuk Tomas berhimpun lagi di situ. Sungguhpun pintu terkunci seperti dahulu, Yesus muncul dalam kalangan mereka lalu berkata, “Damai sejahtera kepada kamu!”Setelah itu, Dia berkata kepada Tomas, “Hulurkan jarimu di sini, dan lihatlah tangan-Ku. Hulurkan tanganmu dan masukkannya ke dalam rusuk-Ku. Jangan ragu-ragu lagi. Percayalah.”Tomas pun berkata kepada Yesus, “Ya Tuhanku! Ya Allahku!”Yesus berkata kepadanya, “Tomas, oleh sebab kamu telah melihat-Ku maka kamu percaya. Diberkatilah orang yang percaya walaupun tidak melihat-Ku!”Yesus telah melakukan banyak lagi mukjizat di hadapan murid-murid-Nya, tetapi tidak ditulis dalam kitab ini.Tetapi segala yang telah ditulis di sini bertujuan supaya kamu percaya bahawa Yesus ialah Kristus, Anak Allah, dan kerana kamu percaya kepada-Nya, kamu akan memperoleh hidup dalam nama-Nya.

Lukas 24: 50-52

Kemudian Yesus membawa murid-murid-Nya ke luar kota sehingga Betania. Di situ Dia mengangkat tangan-Nya lalu memberkati mereka.Ketika Dia memberkati mereka, Dia diangkat ke syurga lalu meninggalkan mereka.Murid-murid-Nya menyembah-Nya dan kembali ke Yerusalem dengan penuh kegembiraan.

Alkitab Versi Borneo, Hak Cipta © 2015 Borneo Sabda Limited

Pelaksanaan

Minta seseorang dari kumpulan anda untuk mengulang- baca kisah tersebut kepada setiap ahli kumpulan seperti kamu bersama seorang kawan. Ahli kumpulan boleh membantu mereka sekiranya mereka tertinggal sesuatu atau menokok- tambah secara tidak sengaja dengan pertanyaan, “ Dimanakah anda temui cerita tersebut?”
Apakah yang kita belajar melalui kisah ini mengenai Tuhan, karakter dan apa yang Dia telah lakukan?
Apa yang belajar tentang manusia, termasuk diri kita sendiri dari kisah ini?
Bagaimana anda dapat menerapkan kebenaran Tuhan dari kisah ini di dalam hidup anda minggu ini? Apakah tindakan anda dan perkara yang akan anda lakukan?
Siapakah yang akan anda kongsikan kisah ini sampai kita bertemu lagi? Adakah kamu tahu orang lain yang berminat untuk mengetahui Firman Tuhan seperti anda?
Memandangkan pertemuan kita akan berakhir, mari kita tentukan bila lagi kita akan bertemu dan siapa yang akan memudahcarakan pertemuan seterusnya.
Kami menggalakkan kamu untuk mencatat perkara yang kamu kata kamu akan lakukan, dan membaca semula cerita ini pada hari-hari sebelum kita bertemu lagi. Pemudahcara boleh berkongsi teks cerita atau audio jika sesiapa tidak mempunyainya. Mari kita meminta Tuhan membantu kita dalam perjalanan ini.

0:00

0:00