Yesus di Syurga

Persahabatan

Berdasarkan apa yang telah berlaku kepada kamu sejak kali terakhir kita bertemu, apakah sesuatu yang kamu syukuri?
Apakah yang membuatkan anda stres minggu ini, dan apakah yang anda perlukan untuk menjadikan lebih baik?
Apakah keperluan mereka dalam komuniti anda, dan bagaimana kita boleh membantu antara satu sama lain bagi memenuhi keperluan tersebut?
Apakah cerita yang kita baca pada masa kali terakhir kita bertemu? Apakah yang kita pelajari tentang Tuhan dan insan?
Dalam pertemuan terakhir kita, anda telah memutuskan untuk menggunakan apa yang kamu pelajari. Apakah tindakan kamu dan apakah hasilnya?
Dengan siapakah anda telah berkongsi sesuatu daripada cerita pertemuan terakhir? Apakah respon mereka?
Kita telah mengenal pasti beberapa keperluan pada pertemuan kali terakhir kita dan merancang untuk memenuhi keperluan tersebut. Apakah hasilnya?
Kini, jom kita baca cerita hari ini daripada Tuhan...

Wahyu 7: 9-17

Selepas itu, aku melihat lagi. Kulihat lautan manusia, tidak terkira banyaknya, daripada segala bangsa, suku, kaum, dan bahasa, berjubah putih dan memegang daun palma. Mereka semua berdiri di hadapan takhta dan Anak Domba.Mereka berseru dengan lantang, “Penyelamatan ada pada Allah kami yang bersemayam di atas takhta dan pada Anak Domba!”Semua malaikat berdiri mengelilingi takhta, empat makhluk dan para tua-tua, lalu semuanya sujud di hadapan takhta menyembah Allah.Mereka berkata, “Amin! Segala pujian, kemuliaan, kebijaksanaan, kesyukuran, kehormatan, kuasa dan kebesaran bagi Allah kami selama-lamanya! Amin.”Salah seorang tua-tua itu bertanya kepadaku, “Siapakah yang berjubah putih itu dan dari manakah mereka itu?”“Aku tidak tahu, tetapi tuan tahu,” sahutku. Dia berkata, “Merekalah orang yang berjaya menempuh kesengsaraan yang dahsyat. Mereka telah membasuh jubah mereka menjadi putih bersih dengan darah Anak Domba.Maka sekarang, mereka berdiri di hadapan takhta Allah dan menyembah-Nya siang malam di dalam Bait Suci-Nya. Dia yang bersemayam di atas takhta akan membentangkan khemah-Nya di atas mereka.Mereka tidak akan lapar atau dahaga lagi. Terik matahari atau sesuatu yang amat panas pun tidak akan dapat membakar mereka lagikerana Anak Domba di tengah-tengah takhta itu akan menjadi gembala mereka. Dia akan membimbing mereka ke mata air yang membawa hidup, dan Allah akan menghapuskan setiap titik air mata mereka.”

Alkitab Versi Borneo, Hak Cipta © 2015 Borneo Sabda Limited

Pelaksanaan

Minta seseorang dari kumpulan anda untuk mengulang- baca kisah tersebut kepada setiap ahli kumpulan seperti kamu bersama seorang kawan. Ahli kumpulan boleh membantu mereka sekiranya mereka tertinggal sesuatu atau menokok- tambah secara tidak sengaja dengan pertanyaan, “ Dimanakah anda temui cerita tersebut?”
Apakah yang kita belajar melalui kisah ini mengenai Tuhan, karakter dan apa yang Dia telah lakukan?
Apa yang belajar tentang manusia, termasuk diri kita sendiri dari kisah ini?
Bagaimana anda dapat menerapkan kebenaran Tuhan dari kisah ini di dalam hidup anda minggu ini? Apakah tindakan anda dan perkara yang akan anda lakukan?
Siapakah yang akan anda kongsikan kisah ini sampai kita bertemu lagi? Adakah kamu tahu orang lain yang berminat untuk mengetahui Firman Tuhan seperti anda?
Memandangkan pertemuan kita akan berakhir, mari kita tentukan bila lagi kita akan bertemu dan siapa yang akan memudahcarakan pertemuan seterusnya.
Kami menggalakkan kamu untuk mencatat perkara yang kamu kata kamu akan lakukan, dan membaca semula cerita ini pada hari-hari sebelum kita bertemu lagi. Pemudahcara boleh berkongsi teks cerita atau audio jika sesiapa tidak mempunyainya. Mari kita meminta Tuhan membantu kita dalam perjalanan ini.

0:00

0:00