Apakah jawapan anda?

Persahabatan

Berdasarkan apa yang telah berlaku kepada kamu sejak kali terakhir kita bertemu, apakah sesuatu yang kamu syukuri?
Apakah yang membuatkan anda stres minggu ini, dan apakah yang anda perlukan untuk menjadikan lebih baik?
Apakah keperluan mereka dalam komuniti anda, dan bagaimana kita boleh membantu antara satu sama lain bagi memenuhi keperluan tersebut?
Apakah cerita yang kita baca pada masa kali terakhir kita bertemu? Apakah yang kita pelajari tentang Tuhan dan insan?
Dalam pertemuan terakhir kita, anda telah memutuskan untuk menggunakan apa yang kamu pelajari. Apakah tindakan kamu dan apakah hasilnya?
Dengan siapakah anda telah berkongsi sesuatu daripada cerita pertemuan terakhir? Apakah respon mereka?
Kita telah mengenal pasti beberapa keperluan pada pertemuan kali terakhir kita dan merancang untuk memenuhi keperluan tersebut. Apakah hasilnya?
Kini, jom kita baca cerita hari ini daripada Tuhan...

Kisah Para Rasul 2: 36-41

Oleh itu, hendaklah seluruh keturunan kaum Israel tahu dengan pastinya, bahawa Allah telah menjadikan Yesus, yang kamu salib itu, Tuhan dan Kristus.”Apabila mereka mendengar ini, hati mereka pun berasa tertusuk, lalu mereka berkata kepada Petrus dan para rasul yang lain, “Saudara-saudara, apakah yang patut kami perbuat?”Petrus pun berkata kepada mereka, “Bertaubatlah, dan hendaklah setiap orang daripada kamu dibaptiskan atas nama Yesus Kristus supaya dosa-dosamu diampunkan; dan kamu akan menerima pemberian Roh Kudus;kerana janji itu telah dibuat kepada kamu dan anak-anakmu, dan kepada semua yang jauh-jauh, seberapa ramai yang akan dipanggil oleh Tuhan Allah kita.”Petrus bersaksi dengan banyak perkataan lain lagi, dan menyeru mereka, “Selamatkanlah dirimu daripada angkatan yang ingkar ini.”Kemudian semua orang yang menerima kata-katanya dengan rela hati dibaptiskan; pada hari itu bilangan mereka bertambah kira-kira tiga ribu orang.

Mazmur 32: 1-5

Diberkatilah orang yang diampuni kemungkarannya, dan yang dihapuskan dosa-dosanya.Diberkatilah orang yang dosanya tidak diperhitungkan TUHAN dan yang tiada penipuan dalam hatinya.Ketika aku membisu, tulang-tulangku kian uzur akibat rintihanku sepanjang hari.Kerana siang malam hukuman-Mu berat menekanku; tenagaku hilang bagaikan kemarau musim panas. SelaLalu aku mengakui dosaku kepada-Mu dan tidak menyembunyikan kejahatan dosaku. Kataku, “Aku akan mengakui keingkaranku kepada TUHAN” — maka Engkau mengampunkan dosaku. Sela

Roma 10: 9-10

Jika kamu akui dengan mulutmu bahawa Yesus ialah Tuhan dan percaya dalam hatimu bahawa Allah telah membangkitkan-Nya daripada kematian, kamu akan diselamatkan;kerana dengan hatimu kamu beriman dan diperbenar, dan dengan mulutmu kamu mengaku lalu diselamatkan.”

Alkitab Versi Borneo, Hak Cipta © 2015 Borneo Sabda Limited

Pelaksanaan

Minta seseorang dari kumpulan anda untuk mengulang- baca kisah tersebut kepada setiap ahli kumpulan seperti kamu bersama seorang kawan. Ahli kumpulan boleh membantu mereka sekiranya mereka tertinggal sesuatu atau menokok- tambah secara tidak sengaja dengan pertanyaan, “ Dimanakah anda temui cerita tersebut?”
Apakah yang kita belajar melalui kisah ini mengenai Tuhan, karakter dan apa yang Dia telah lakukan?
Apa yang belajar tentang manusia, termasuk diri kita sendiri dari kisah ini?
Bagaimana anda dapat menerapkan kebenaran Tuhan dari kisah ini di dalam hidup anda minggu ini? Apakah tindakan anda dan perkara yang akan anda lakukan?
Siapakah yang akan anda kongsikan kisah ini sampai kita bertemu lagi? Adakah kamu tahu orang lain yang berminat untuk mengetahui Firman Tuhan seperti anda?
Memandangkan pertemuan kita akan berakhir, mari kita tentukan bila lagi kita akan bertemu dan siapa yang akan memudahcarakan pertemuan seterusnya.
Kami menggalakkan kamu untuk mencatat perkara yang kamu kata kamu akan lakukan, dan membaca semula cerita ini pada hari-hari sebelum kita bertemu lagi. Pemudahcara boleh berkongsi teks cerita atau audio jika sesiapa tidak mempunyainya. Mari kita meminta Tuhan membantu kita dalam perjalanan ini.

0:00

0:00