Pengikut Adalah Anak Tuhan

Persahabatan

Berdasarkan apa yang telah berlaku kepada kamu sejak kali terakhir kita bertemu, apakah sesuatu yang kamu syukuri?
Apakah yang membuatkan anda stres minggu ini, dan apakah yang anda perlukan untuk menjadikan lebih baik?
Apakah keperluan mereka dalam komuniti anda, dan bagaimana kita boleh membantu antara satu sama lain bagi memenuhi keperluan tersebut?
Apakah cerita yang kita baca pada masa kali terakhir kita bertemu? Apakah yang kita pelajari tentang Tuhan dan insan?
Dalam pertemuan terakhir kita, anda telah memutuskan untuk menggunakan apa yang kamu pelajari. Apakah tindakan kamu dan apakah hasilnya?
Dengan siapakah anda telah berkongsi sesuatu daripada cerita pertemuan terakhir? Apakah respon mereka?
Kita telah mengenal pasti beberapa keperluan pada pertemuan kali terakhir kita dan merancang untuk memenuhi keperluan tersebut. Apakah hasilnya?
Kini, jom kita baca cerita hari ini daripada Tuhan...

Efesus 1: 3-8

Segala puji bagi Allah, Bapa Tuhan kita Yesus Kristus, yang telah memberkati kita dengan segala berkat rohani di syurga dalam Kristus.Sebabnya Dia telah memilih kita dalam Kristus sebelum dunia ini dijadikan, supaya kita suci dan tidak bercela di hadapan-Nya. Dalam kasih,Dia telah menentukan kita dari mulanya untuk diangkat sebagai anak oleh Yesus Kristus kepada diri-Nya, menurut keredaan dan kehendak-Nya —supaya terpujilah kemuliaan kasih kurnia-Nya, yang dirahmati-Nya kepada kita dalam Dia yang dikasihi-Nya.Dalam-Nya kita mendapat penebusan melalui darah-Nya, pengampunan dosa, menurut limpah kasih kurnia-Nyayang dilimpahkan-Nya kepada kita dengan segala kebijaksanaan dan pengertian.

Galatia 3: 26-4: 7

Kamu semua telah menjadi anak Allah melalui iman dalam Kristus Yesus.Dan semua antara kamu yang telah dibaptiskan dalam Kristus telah meliputi dirimu dengan Kristus.Tiadalah lagi orang Yahudi atau orang Yunani, hamba atau orang merdeka, lelaki atau perempuan, kamu semua menjadi satu dalam Kristus Yesus.Dan jika kamu milik Kristus, kamu ialah benih Abraham, dan menjadi waris menurut janji itu. Sekarang aku berkata bahawa waris, selagi dia masih kanak-kanak, tidak berbeza daripada hamba, walaupun dia tuan kepada segala miliknya.Dia di bawah kawalan para penjaga dan pengurus sehingga masa yang ditetapkan oleh bapanya.Demikianlah kita, ketika masih kanak-kanak, diperhamba menurut ajaran asas dunia.Tetapi apabila sampai waktunya, Allah telah menghantar Anak-Nya, yang dilahirkan melalui seorang perempuan, di bawah hukum Taurat,untuk menebus mereka yang di bawah hukum itu, supaya kita mendapat hak sepenuh sebagai anak.Dan kerana kamu anak-anak-Nya, Allah telah menghantar Roh Anak-Nya ke dalam hatimu, Roh yang berseru, “Abba, Bapa.”Dengan demikian kamu bukan lagi hamba tetapi anak; dan sebagai anak, Allah telah menjadikan kamu waris-Nya.

Alkitab Versi Borneo, Hak Cipta © 2015 Borneo Sabda Limited

Pelaksanaan

Minta seseorang dari kumpulan anda untuk mengulang- baca kisah tersebut kepada setiap ahli kumpulan seperti kamu bersama seorang kawan. Ahli kumpulan boleh membantu mereka sekiranya mereka tertinggal sesuatu atau menokok- tambah secara tidak sengaja dengan pertanyaan, “ Dimanakah anda temui cerita tersebut?”
Apakah yang kita belajar melalui kisah ini mengenai Tuhan, karakter dan apa yang Dia telah lakukan?
Apa yang belajar tentang manusia, termasuk diri kita sendiri dari kisah ini?
Apakah yang kita pelajari daripada kisah ini tentang menjadi seorang pengikut?
Bagaimana anda dapat menerapkan kebenaran Tuhan dari kisah ini di dalam hidup anda minggu ini? Apakah tindakan anda dan perkara yang akan anda lakukan?
Siapakah yang akan anda kongsikan kisah ini sampai kita bertemu lagi? Adakah kamu tahu orang lain yang berminat untuk mengetahui Firman Tuhan seperti anda?
Memandangkan pertemuan kita akan berakhir, mari kita tentukan bila lagi kita akan bertemu dan siapa yang akan memudahcarakan pertemuan seterusnya.
Kami menggalakkan kamu untuk mencatat perkara yang kamu kata kamu akan lakukan, dan membaca semula cerita ini pada hari-hari sebelum kita bertemu lagi. Pemudahcara boleh berkongsi teks cerita atau audio jika sesiapa tidak mempunyainya. Mari kita meminta Tuhan membantu kita dalam perjalanan ini.

0:00

0:00