TUHAN ialah gembalaku, aku tidak akan kekurangan apa-apa pun.Dia membuat aku berbaring di padang rumput yang hijau, Dia membimbingku ke tepian air tenang,Dia memulihkan jiwaku. Dia membimbingku ke jalan benar demi nama-Nya.Ya, meski aku melangkah di lembah bayangan maut, aku tidak akan takut kepada kejahatan, kerana Engkau ada bersamaku; gada dan tongkat-Mu menetapkan hatiku.Engkau menyediakan hidangan untukku di hadapan musuhku. Engkau mengurapi kepalaku; cawanku melimpah.Tentulah kebaikan dan kasih akan mengiringiku seumur hidupku, dan aku akan tinggal di dalam rumah TUHAN selama-lamanya.
Alkitab Versi Borneo, Hak Cipta © 2015 Borneo Sabda Limited