Datanglah kepada Dia yang seperti batu hidup, yang dibuang oleh manusia tetapi dipilih oleh Allah dan berharga di hadirat-Nya.Kamu juga umpama batu hidup, yang digunakan untuk membina rumah rohani bagi para imam yang suci, untuk mempersembahkan korban rohani yang diredai Allah melalui Yesus Kristus.Ada tersurat dalam Kitab Suci: “Lihatlah, Kuletakkan di Sion, batu asas yang terpilih, berharga, dan sesiapa yang percaya kepada-Nya tidak akan diaibkan.”Bagi kamu yang percaya, batu itu berharga, tetapi bagi mereka yang tidak percaya, “Batu yang dibuang oleh pembina telah menjadi batu penjuru,”dan, “Batu tempat orang tersandung dan batu pejal yang membuat mereka terjatuh.” Mereka tersandung kerana mereka ingkar akan firman Allah, yang telah ditetapkan bagi mereka.Tetapi kamu umat terpilih, para imam raja, bangsa suci, umat-Nya sendiri, yang dipilih untuk mengisytiharkan puji-pujian bagi Dia yang telah memanggilmu daripada kegelapan kepada cahaya-Nya yang gemilang.Dahulu kamu bukan suatu umat tetapi sekarang kamu umat Allah. Dahulu kamu tidak mendapat belas kasihan Allah tetapi sekarang kamu telah mendapat belas kasihan-Nya.
Alkitab Versi Borneo, Hak Cipta © 2015 Borneo Sabda Limited