Gereja Memuji Tuhan

Persahabatan

Berdasarkan apa yang telah berlaku kepada kamu sejak kali terakhir kita bertemu, apakah sesuatu yang kamu syukuri?
Apakah yang membuatkan anda stres minggu ini, dan apakah yang anda perlukan untuk menjadikan lebih baik?
Apakah keperluan mereka dalam komuniti anda, dan bagaimana kita boleh membantu antara satu sama lain bagi memenuhi keperluan tersebut?
Apakah cerita yang kita baca pada masa kali terakhir kita bertemu? Apakah yang kita pelajari tentang Tuhan dan insan?
Dalam pertemuan terakhir kita, anda telah memutuskan untuk menggunakan apa yang kamu pelajari. Apakah tindakan kamu dan apakah hasilnya?
Dengan siapakah anda telah berkongsi sesuatu daripada cerita pertemuan terakhir? Apakah respon mereka?
Kita telah mengenal pasti beberapa keperluan pada pertemuan kali terakhir kita dan merancang untuk memenuhi keperluan tersebut. Apakah hasilnya?
Kini, jom kita baca cerita hari ini daripada Tuhan...

Mazmur 145: 1-21

Aku akan meninggikan-Mu, ya Allah Rajaku; aku akan memberkati nama-Mu selama-lamanya.Setiap hari aku akan memuji-Mu, aku akan menyanjung nama-Mu selama-lamanya.Maha Besar TUHAN dan besar pujian untuk-Nya; dan kebesaran-Nya tidak dapat diselami.Setiap keturunan akan memuji hasil kerja-Mu kepada keturunan lain; dan akan mengisytiharkan perbuatan-Mu yang hebat.Aku akan merenung keagungan-Mu yang penuh kemuliaan dan kegemilangan, serta hasil kerja-Mu yang menakjubkan.Orang akan memperkatakan kehebatan perbuatan-Mu yang mengagumkan, dan aku akan mengisytiharkan kebesaran-Mu.Mereka akan bercakap mengingati kebaikan-Mu yang melimpah dan menyanyi dengan gembira tentang perbenaran-Mu.TUHAN penuh kasih kurnia dan belas kasihan, tidak cepat murka dan amat pengasihan.TUHAN baik kepada semua, dan belas kasihan-Nya meliputi semua ciptaan-Nya.Semua ciptaan-Mu akan memuji-Mu, ya TUHAN; umat-Mu yang warak akan menyanjung-Mu.Mereka akan memperkatakan kemuliaan kerajaan-Mu dan berbicara tentang kuasa-Mu,untuk memberitahu anak-anak manusia mengenai perbuatan-Mu yang hebat, serta kemuliaan dan keagungan kerajaan-Mu.Kerajaan-Mu kekal selama-lamanya dalam penguasaan-Mu, dan kekuasaan-Mu berterusan zaman-berzaman. TUHAN setia dalam segala janji-Nya dan penuh kasih dalam semua perbuatan-Nya.TUHAN membangunkan semua yang rebah dan menegakkan semua yang tersungkur.Semua mata tertumpu penuh harapan kepada-Mu, dan Engkau memberi mereka makanan tepat pada musimnya.Engkau membuka tangan-Mu lalu memenuhi hasrat setiap makhluk hidup.TUHAN benar dalam semua cara-Nya, penuh kasih dalam semua perbuatan-Nya.TUHAN dekat dengan semua yang menyeru-Nya, semua yang menyeru-Nya dalam kebenaran.Dia akan memenuhi hasrat mereka yang takut kepada-Nya; Dia akan mendengar seruan mereka lalu menyelamatkan mereka.TUHAN memelihara semua yang mengasihi-Nya, tetapi semua orang zalim akan dimusnahkan-Nya.Lidahku akan menuturkan pujian untuk TUHAN. Semua makhluk akan memberkati nama-Nya yang suci selama-lamanya.

Alkitab Versi Borneo, Hak Cipta © 2015 Borneo Sabda Limited

Pelaksanaan

Minta seseorang dari kumpulan anda untuk mengulang- baca kisah tersebut kepada setiap ahli kumpulan seperti kamu bersama seorang kawan. Ahli kumpulan boleh membantu mereka sekiranya mereka tertinggal sesuatu atau menokok- tambah secara tidak sengaja dengan pertanyaan, “ Dimanakah anda temui cerita tersebut?”
Apakah yang kita belajar melalui kisah ini mengenai Tuhan, karakter dan apa yang Dia telah lakukan?
Apa yang belajar tentang manusia, termasuk diri kita sendiri dari kisah ini?
Apakah yang kita pelajari daripada kisah ini tentang menjadi gereja?
Bagaimana anda dapat menerapkan kebenaran Tuhan dari kisah ini di dalam hidup anda minggu ini? Apakah tindakan anda dan perkara yang akan anda lakukan?
Siapakah yang akan anda kongsikan kisah ini sampai kita bertemu lagi? Adakah kamu tahu orang lain yang berminat untuk mengetahui Firman Tuhan seperti anda?
Memandangkan pertemuan kita akan berakhir, mari kita tentukan bila lagi kita akan bertemu dan siapa yang akan memudahcarakan pertemuan seterusnya.
Kami menggalakkan kamu untuk mencatat perkara yang kamu kata kamu akan lakukan, dan membaca semula cerita ini pada hari-hari sebelum kita bertemu lagi. Pemudahcara boleh berkongsi teks cerita atau audio jika sesiapa tidak mempunyainya. Mari kita meminta Tuhan membantu kita dalam perjalanan ini.

0:00

0:00