Melalui rasul-rasul itu banyak tanda ajaib dan mukjizat dilakukan dalam kalangan masyarakat itu. Semuanya berhimpun dengan sehati di Serambi Salomo.Walaupun orang lain tidak berani menyertai mereka, namun orang ramai sangat menghormati mereka.Semakin lama semakinlah bertambah bilangan orang yang mempercayai Tuhan, baik lelaki mahupun perempuan.Orang membawa orang sakit keluar ke tengah jalan, membaringkan mereka di atas katil dan tikar, dengan harapan sekurang-kurangnya bayang-bayang Petrus akan menyentuh sesetengahnya apabila dia lalu kelak.Ramai pula orang dari kota-kota sekeliling Yerusalem datang berhimpun, membawa orang yang sakit dan yang dirasuk roh-roh jahat, lalu semuanya disembuhkan.Imam besar dan semua yang bersamanya (iaitu daripada mazhab orang Saduki) amat iri hatilalu menangkap rasul-rasul itu dan memasukkan mereka ke penjara umum.Tetapi pada malam itu malaikat Tuhan membuka pintu penjara lalu membawa rasul-rasul itu keluar sambil berkata,“Pergilah berdiri di Bait Suci dan nyatakan segala yang dikatakan tentang hidup baru ini kepada orang ramai.”Setelah mendengar kata-kata itu, ketika fajar menyingsing, mereka pergi ke Bait Suci dan mula mengajar. Kemudian tibalah imam besar dan pengikut-pengikutnya. Mereka memanggil para tua-tua orang Israel berkumpul untuk mengadakan mesyuarat Majlis Agama, lalu memerintahkan rasul-rasul itu dibawa dari penjara untuk dihadapkan kepada mereka.Apabila pegawai-pegawai itu sampai di penjara dan mendapati rasul-rasul itu tidak ada di situ, mereka pun pulang melaporkan hal itu,“Kami dapati pintu penjara tetap berkunci dan pengawal-pengawal berjaga di situ, tetapi apabila kami membuka pintu, kami dapati tiada seorang pun di dalam penjara itu.”Apabila ketua Bait Suci dan ketua-ketua imam mendengar laporan itu, mereka kebingungan tentang apa yang mungkin terjadi kelak.Kemudian seorang lelaki masuk dan berkata kepada mereka, “Orang yang tuan-tuan penjarakan itu sedang mengajar orang ramai di dalam Bait Suci!”Dengan demikian, ketua Bait Suci pergi diiringi pegawai-pegawai lalu membawa rasul-rasul itu beredar dari situ tanpa menggunakan kekerasan, kerana takut direjam oleh orang ramai.Mereka membawa para rasul ke hadapan Majlis Agama. Imam besar berkata,“Bukankah kami telah melarang keras kamu mengajar atas nama itu? Tetapi lihatlah, kamu telah menyebarkan ajaran itu ke serata Yerusalem dan berniat mempertanggungjawabkan kami atas kematian-Nya!”Petrus dan rasul yang lain menjawab, “Kami harus taat akan Allah, bukan manusia!
Alkitab Versi Borneo, Hak Cipta © 2015 Borneo Sabda Limited