Aku telah menerima daripada Tuhan apa yang telah kusampaikan kepadamu: Bahawa pada malam Dia dikhianati, Tuhan Yesus telah mengambil roti;dan selepas mengucap syukur, Dia telah memecah-mecahkan roti itu lalu berkata, “Ambil, dan makanlah. Inilah tubuh-Ku yang diserahkan untukmu; lakukanlah ini sebagai peringatan kepada-Ku.”Demikian juga, sesudah makan, Dia mengambil cawan itu sambil berkata, “Cawan ini perjanjian baru dengan darah-Ku. Setiap kali kamu meminumnya, lakukan ini sebagai peringatan kepada-Ku.”Kerana setiap kali kamu makan roti dan minum dari cawan dengan cara demikian, kamu memberitakan kematian Tuhan hingga kedatangan-Nya.Jika sesiapa makan roti atau minum dari cawan Tuhan ini secara yang tidak wajar, dia akan menanggung dosa terhadap tubuh dan darah Tuhan.Hendaklah setiap orang memeriksa dirinya, dan kemudian makan roti itu dan minum dari cawan itu;kerana jika seseorang memakannya dan meminumnya tanpa mengenal tubuh Tuhan, dia makan dan minum akan penghukuman kepada dirinya.Oleh sebab itu ada sebilangan besar yang lemah dan yang sakit dalam kalanganmu, malah ada yang meninggal dunia.Jika kita menghakimi diri sendiri, tidaklah kita dihakimi.Tetapi apabila kita dihakimi, kita dihukum oleh Tuhan supaya kita insaf, agar kita tidak dibinasakan bersama-sama dunia.
Alkitab Versi Borneo, Hak Cipta © 2015 Borneo Sabda Limited