Yesus berkata kepada orang ramai dan murid-murid-Nya:“Ahli Taurat dan orang Farisi menduduki kerusi Musa.Oleh itu, patuhilah dan turutilah perintah yang diajarkan oleh mereka. Tetapi jangan contohi perbuatan mereka, kerana tidak selaras dengan ajaran mereka.Mereka meletakkan beban yang berat dan sukar dipikul ke atas bahu orang, tetapi mereka langsung tidak mahu menolong orang memikul beban itu.Mereka melakukan sesuatu hanya untuk dilihat orang. Lihatlah betapa besarnya bekas ayat Kitab Suci yang diikatkan pada dahi dan lengan mereka, serta betapa panjangnya rumbai jubah mereka.Mereka suka duduk di tempat terhormat di majlis jamuan dan kerusi khas di saumaah.Mereka suka diberi salam hormat di pasar dan suka dipanggil ‘rabbi.’Janganlah suruh orang memanggilmu ‘rabbi,’ kerana kamu semua bersaudara dan Gurumu hanya satu.Janganlah panggil sesiapa pun di dunia ini ‘bapa,’ kerana kamu hanya mempunyai satu Bapa yang di syurga.Janganlah suruh orang memanggilmu ‘pemimpin,’ kerana Pemimpinmu hanya satu, iaitu Kristus.Orang yang terbesar antaramu haruslah menjadi pelayanmu.Orang yang meninggikan diri akan direndahkan, dan orang yang merendahkan diri akan ditinggikan.”
Alkitab Versi Borneo, Hak Cipta © 2015 Borneo Sabda Limited