Aku telah meninggalkanmu di Kreta supaya kamu dapat melaksanakan segala hal yang masih perlu diselesaikan serta melantik tua-tua di setiap kota seperti yang telah kuarahkan kepadamu.Seorang tua-tua hendaklah tidak bercela, dan beristeri seorang sahaja, manakala anak-anaknya haruslah hidup beriman dan tidak dapat dituduh berkelakuan liar serta ingkar.Ini perlu kerana seorang penyelia jemaah memegang tugas mengendalikan pekerjaan Allah. Oleh yang demikian, dia mestilah tidak bercela — tidak menindas orang lain, tidak pemarah, tidak pemabuk, tidak ganas, dan tidak rakus.Dia haruslah bersifat mesra, mencintai kebaikan, pandai menguasai diri, tulus, suci dan tertib.Dia mesti berpegang teguh pada perkhabaran yang layak dipercayai serta selaras dengan asas iman. Dengan demikian dapatlah dia menggalakkan orang menerima ajaran yang benar dan menunjukkan kesilapan mereka yang menentang ajaran itu.
Alkitab Versi Borneo, Hak Cipta © 2015 Borneo Sabda Limited