Akhir kata, saudara-saudaraku, hendaklah kamu kuat dalam Tuhan dan dalam kekuatan kuasa-Nya.Pakailah selengkap senjata Allah, supaya kamu dapat bertahan terhadap tipu daya iblis.Sebabnya kita berlawan bukan dengan darah dan daging, tetapi dengan para penghulu dunia daripada kegelapan zaman ini, para pemerintah dan penguasanya, dan tentera roh iblis di udara.Oleh itu, pakailah selengkap senjata Allah, supaya kamu dapat bertahan pada masa yang penuh kejahatan, dan berdiri tegap setelah kamu melakukan segalanya.Dengan demikian, berdirilah dengan tegap setelah mengikat pinggangmu dengan tali pinggang kebenaran, memakai perbenaran sebagai perisai dada,menyarungkan ke kakimu persediaan menyebarkan Injil perdamaian.Yang paling utama, memakai perisai iman, untuk memadamkan segala anak panah berapi si durjana,dan ketopong penyelamatan serta pedang Roh, iaitu firman Allah.Sambil itu, pohonlah sentiasa dengan segala doa dan rayuan dalam Roh, serta berjaga-jaga dengan segala ketekunan dan permohonan untuk semua orang yang salih.Berdoalah juga untukku, supaya aku dikurniai daya pengucapan dan aku membuka mulut dengan berani untuk memberitahu rahsia Injil,sedangkan aku adalah utusan yang terpenjara, supaya dengannya aku dapat bertutur dengan berani, sebagaimana sepatutnya aku bertutur.
Alkitab Versi Borneo, Hak Cipta © 2015 Borneo Sabda Limited