Gereja Memuji Tuhan

Persahabatan

Berdasarkan apa yang telah berlaku kepada kamu sejak kali terakhir kita bertemu, apakah sesuatu yang kamu syukuri?
Apakah yang membuatkan anda stres minggu ini, dan apakah yang anda perlukan untuk menjadikan lebih baik?
Apakah keperluan mereka dalam komuniti anda, dan bagaimana kita boleh membantu antara satu sama lain bagi memenuhi keperluan tersebut?
Apakah cerita yang kita baca pada masa kali terakhir kita bertemu? Apakah yang kita pelajari tentang Tuhan dan insan?
Dalam pertemuan terakhir kita, anda telah memutuskan untuk menggunakan apa yang kamu pelajari. Apakah tindakan kamu dan apakah hasilnya?
Dengan siapakah anda telah berkongsi sesuatu daripada cerita pertemuan terakhir? Apakah respon mereka?
Kita telah mengenal pasti beberapa keperluan pada pertemuan kali terakhir kita dan merancang untuk memenuhi keperluan tersebut. Apakah hasilnya?
Kini, jom kita baca cerita hari ini daripada Tuhan...

1 Tawarikh 16: 8-36

Ucaplah syukur kepada TUHAN, serulah nama-Nya, masyhurkanlah perbuatan-Nya di antara bangsa-bangsa!Bernyanyilah bagi-Nya, lantunkanlah puji-pujian bagi-Nya, ceritakanlah segala perbuatan-Nya yang ajaib!Bermegahlah dalam nama-Nya yang suci, biarlah kalangan yang mencari hadirat TUHAN bersuka hati.Carilah hadirat TUHAN dan kekuatan-Nya, carilah hadirat-Nya selalu.Ingatlah perbuatan-perbuatan ajaib yang dilakukan-Nya, segala mukjizat-Nya, dan hukuman yang difirmankan-Nya,wahai keturunan Israel, hamba-Nya, wahai bani Yakub, segala orang pilihan-Nya.Dialah TUHAN, Allah kita, hukuman-Nya berlaku di seluruh bumi.Dia mengingat perjanjian-Nya untuk selama-lamanya juga firman yang diperintahkan-Nya kepada seribu keturunan,iaitu perjanjian yang diikat-Nya dengan Abraham dan sumpah-Nya kepada Ishak.Dia meneguhkannya bagi Yakub sebagai ketetapan, dan bagi Israel sebagai perjanjian kekal,firman-Nya, “Kepadamu akan Kukurniakan Tanah Kanaan sebagai bahagian harta pusakamu.”Ketika jumlah mereka sedikit, kecil sahaja, dan tinggal sebagai pendatang di sana,mengembara daripada bangsa kepada bangsa, daripada satu kerajaan kepada suku bangsa yang lain,Dia tidak membiarkan orang menindas mereka. Raja-raja ditegur-Nya kerana mereka,“Jangan sentuh orang yang Kulantik, jangan berbuat jahat kepada para nabi-Ku.”Bernyanyilah bagi TUHAN, wahai seluruh bumi, khabarkanlah penyelamatan daripada-Nya hari demi hari.Ceritakanlah kemuliaan-Nya di antara bangsa-bangsa dan segala perbuatan-Nya yang ajaib antara segala suku bangsa.Maha besar TUHAN dan sangat terpuji, Dia patut ditakuti lebih daripada segala tuhan.Segala tuhan yang disembah bangsa-bangsa ialah berhala, tetapi TUHAN sajalah yang menjadikan langit.Keagungan dan semarak ada dalam hadirat-Nya, kekuatan dan kegembiraan ada di tempat kediaman-Nya.Persembahkanlah kepada TUHAN, wahai kaum suku-suku bangsa, persembahkanlah kepada TUHAN kemuliaan dan kekuatan!Persembahkanlah kepada TUHAN kemuliaan nama-Nya. Bawalah persembahan dan masuklah menghadap-Nya! Sujudlah menyembah TUHAN dengan berhiaskan kesucian.Gementarlah di hadapan-Nya, wahai seluruh bumi; ya, dunia tegak, tidak bergoyang.Biarlah langit bersukacita dan bumi bergembira, biarlah orang berkata antara bangsa-bangsa, “TUHAN bertakhta!”Biarlah laut bergemuruh dengan segala isinya, biarlah padang bersuka ria dengan segala yang ada padanya.Pada waktu itu pokok-pokok di hutan akan bersorak-sorai di hadapan TUHAN, kerana Dia datang untuk menghakimi bumi.Mengucap syukurlah kepada TUHAN kerana Dia baik, kasih-Nya kekal selama-lamanya.Katakanlah, “Selamatkanlah kami, ya Allah, Penyelamat kami. Kumpulkanlah kami dan lepaskanlah kami daripada bangsa-bangsa, supaya kami dapat mengucap syukur kepada nama-Mu yang suci dan bermegah dalam puji-pujian kepada-Mu.”Segala puji bagi TUHAN, Allah Israel, dari selama-lamanya sampai selama-lamanya! Seluruh umat berkata, “Amin,” dan memuji TUHAN.

Alkitab Versi Borneo, Hak Cipta © 2015 Borneo Sabda Limited

Pelaksanaan

Minta seseorang dari kumpulan anda untuk mengulang- baca kisah tersebut kepada setiap ahli kumpulan seperti kamu bersama seorang kawan. Ahli kumpulan boleh membantu mereka sekiranya mereka tertinggal sesuatu atau menokok- tambah secara tidak sengaja dengan pertanyaan, “ Dimanakah anda temui cerita tersebut?”
Apakah yang kita belajar melalui kisah ini mengenai Tuhan, karakter dan apa yang Dia telah lakukan?
Apa yang belajar tentang manusia, termasuk diri kita sendiri dari kisah ini?
Apakah yang kita pelajari daripada kisah ini tentang menjadi gereja?
Bagaimana anda dapat menerapkan kebenaran Tuhan dari kisah ini di dalam hidup anda minggu ini? Apakah tindakan anda dan perkara yang akan anda lakukan?
Siapakah yang akan anda kongsikan kisah ini sampai kita bertemu lagi? Adakah kamu tahu orang lain yang berminat untuk mengetahui Firman Tuhan seperti anda?
Memandangkan pertemuan kita akan berakhir, mari kita tentukan bila lagi kita akan bertemu dan siapa yang akan memudahcarakan pertemuan seterusnya.
Kami menggalakkan kamu untuk mencatat perkara yang kamu kata kamu akan lakukan, dan membaca semula cerita ini pada hari-hari sebelum kita bertemu lagi. Pemudahcara boleh berkongsi teks cerita atau audio jika sesiapa tidak mempunyainya. Mari kita meminta Tuhan membantu kita dalam perjalanan ini.

0:00

0:00